Tuesday, June 1, 2010

pengAKHIRan dan perMULAan

setelah 5 tahun bersemadi di bumi UTP ni. tanggal 31st May 2010, tamat sudah tanggungjawab ku di sini sebagai student.

5 tahun bukan satu masa yang singkat. boleh diumpamakan kalo dari form 1 sehingga form 5 di sekolah menengah. cuma kita xterasa sgt sbb fizikal kita xberubah sgt kalo nk di bandingkan zaman sekolah dulu.. bayangkan time form1 kita kecik je, bila da form5, smua da besar panjang. kalo bdk laki da ade janggut da pun. tp kat cni 5 tahun kita lebih kurang same je. ye la.. xkan nk membesar lagi kan.. kalah raksasa nanti..

selesai suda exam.. selesai suda FYP... selesai suda segala-galanya. diri berasa sgt puas kerana berjaya mengharungi segalanya. tapi hati sudah mula terasa gundah sebab terpaksa meninggalkan smua dan semua ini akan menjadi kenangan yang akan terpahat dalam kepala otak ini selama-lamanya.
  • terpaksa meninggalkan kawan-kawan yang menjadi teman tawa dan tangis sepanjang 5 tahun..
  • terpaksa meninggalkan bumi UTP yg terlalu byk kenangan yg telah byk menyumbangkan untuk menjadikan ku lebih dewasa dan waras.
semua yang bermula pasti akan berakhir. walaupun pahit untuk ditelan, terpaksa menerimanya juga. semua ini lumrah.. yang kita sebagai manusia ni xdapat nk elak lansung..

pengakhiran sesuatu perkara pasti akan menjadikan permulaan untuk sesuatu perkara yang lain:

  • berakhirnya hidup seseorang remaja akan menjadikan dia bermula untuk menjadi dewasa.
  • berakhirnya hidup dan tanggungjawab seorang pelajar menjadikan dia bermula hidup seorang yang bertanggungjawab terhadap kerjanya
  • berakhirnya hidup seorang dibumi ini menjadikan permulaan untuk hidup di alam barzakh
semua ini akan berakhir sebetul-betulnya bila kita di akhirat kelak. dan manusia kan hidup untuk selama-lamanya dalam keadaan yang bergantung kepada amalannya semasa hidup di dunia.


insyaAllah aku akan semakin rajin mengupdate blog ni lps ni.. da xde kije nk buat kan...=)

1 comment: