Thursday, September 30, 2010

banyok kecek

pelbagai jenis manusia diciptakan Tuhan di bumi ini. tinggi rendah cantik huduh baik jahat dan sebagainya. ini membuatkan dunia ini penuh dengan warna-warni. untuk mengelakkan sengketa, kita mesti tahu cara untuk berhadapan dan menangani pelbagai jenis manusia ini. tidak mengapa jikalau terpaksa bersikap hipokrit untuk seketika. asalkan kita boleh membuatkan orang senang berinteraksi dengan kita. akhir-akhir ini, masalah untuk berhadapan dengan manusia yang terlalu banyak idea untuk berkata-kata telah melanda. tambahan pula dikala usianya agak berumur. lain diutarakan, lain pula dibicarakan. membuatkan kadang2 terasa agak bosan kerana terpaksa merugikan masa untuk mendengar coletah yang ada kalanya tidak kaitan lansung dengan kehidupan kita. urusan yang sepatutnya boleh diselesaikan dalam masa 5 minit berlarutan hingga ke satu jam dengan rintihannya yang kita juga tidak dapat menafsirkannya. apa mahu buat? layan saja.........